From Scar To Soar

 FROM SCAR TO SOAR: Tadabbur Ad-Dhuha & Psikologi Luka Jiwa Wanita

Ad-Dhuha bukan sekadar sembuh… tapi tumbuh.

Ada luka yang tak kelihatan,
tapi cukup untuk membuat seorang wanita rasa tidak layak dicintai.
Ada takut yang tak bersuara,
tapi cukup untuk menahan langkah dari menjadi diri sendiri.

Dan di tengah segala resah itu,
Kita belajar berpura-pura kuat,
Sedang dalam diam…
Kita cuma mahu tahu...Tuhan bilakah semua ini akan reda?

Tapi Tuhan tak pernah membiarkan jiwa yang gelap tanpa cahaya,
Ad-Dhuha turun di saat Nabi Muhammad SAW sendiri merasa ditinggalkan,
Baginda diuji seolah-olah wahyu terhenti,
Sunyi. Keliru. Luka.

Dan di saat itulah,
Ayat-ayat Ad-Dhuha datang,
Bukan untuk menenangkan sahaja,
Tapi untuk membangkitkan,
Menumbuhkan,

Menguatkan jiwa yang hampir rebah.

Demi waktu Dhuha, Demi malam yang sunyi…

Mana mungkin Surah ini tidak membawa perubahan,

Sedangkan ia turun ketika Rasul sendiri sedang paling rapuh.

✨Dalam sesi ini, kita akan:-
• Menyelami tadabbur Surah Ad-Dhuha: Bukan sekadar memahami, tapi merasai.
• Meneroka psikologi wanita yang dihimpit Overthinking & Fear of Uncertainty.
• Belajar membezakan antara ‘bertahan’ dan ‘benar-benar hidup kembali’.
• Menemui ruang selamat untuk menjadi diri sendiri, tanpa perlu menafikan luka.

From Scar To Soar ialah undangan lembut buatmu yang:-
• Pernah merasakan "aku dah tak tahu siapa diri aku",
• Penat meneka masa depan,
• Dan diam-diam mahu pulih… tapi lebih dari itu, mahu tumbuh.

Ayuh, kembara bersiri ini untuk kalian...
Mari kita dengar semula suara Tuhan yang pernah kita diamkan,
Kerana dari luka yang paling dalam,
Allah selalu ciptakan sayap… untuk terbang lebih tinggi.

Dari luka, kepada Cahaya.
Dari gelap, kepada Dhuha.
From Scar to Soar.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
From Scar To Soar
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN